Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MINGGU CINTAI ALAM SEKITAR

KUANTAN - Kelab Pencinta Alam telah mengadakan satu penerangan berkaitan alam sekitar sempena Minggu  Cintai Alam Sekitar bertempat di tapak perhimpunan. Penganjuran tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Antara yang menarik adalah para pelajar diajar bagaimana cara yang terbaik melupuskan sampah yang wujud di persekitaran mereka seperti sisa makanan, tin, botol kaca, kaca dan termasuk minyak masak yang telah digunakan. Para pelajar juga disarankan untuk membawa bahan berkaitan ke pusat kitar semula bagi proses pelupusan sampah. Semoga kerja-kerja pelupusan sampah mampu menjadikan para pelajar seorang rakyat yang bertanggungjawab terhadap persekitaran dalam usaha mengekalkan keaslian bumi sebagai satu ekosistem.

Tag: ALAM SEKITAR 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini