Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KARNIVAL KO-FALAK JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG

KUANTAN - 16.01.2020 Karnival Ko Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang telah memilih SM Agama Al-Ihsan sebagai lokasi pencerapan sepanjang karnival berlangsung. karnival telah dirasmikan oleh SS Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Hj Osman, Mufti Negeri Pahang. Peserta karnival terdiri daripada warga kerja sekolah dan para pelajar tingkatan 3 dan 4 serta ahli kelab astronomi sekolah. Karnival yang berlangsung selama 1 hari itu banyak memberi pengetahuan serta pengalaman yang menarik kepada pelajar. Antara objektif perlaksanaan karnival tersebut ialah mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang kepentingan ilmu astronomi dan penggunaan instrumen yang berkaitan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan. Diharapkan agar dengan perlaksanaan karnival ko falak ini dapat membina minat terhadap ilmu astronomi secara individu dari semasa ke semasa.


Tag: 2020 Ko falak

0 komen

Sila berikan komen anda di sini