Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | TADARUS & KHATAM al-QURAN UNIT BERUNIFORM PUTERI ISLAM

KUANTAN - Pihak Pentadbiran dengan kerjasama Unit Beruniform Puteri Islam telah melaksanakan tadarus dan khatam al-Quran bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Program tersebut telah melibatkan ahli unit beruniform puteri islam yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Tujuan perlaksanaan tersebut adalah sebagai menghayati kemuliaan bulan Ramadan dan sempena hari Nuzul al-Quran. Semoga para peserta tadarus mendapat penghayatan al-Quran sepenuhnya serta mencapai objektif perlaksanaan program. Justeru, Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2021 FASTING

0 komen

Sila berikan komen anda di sini