Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | TAKLIMAT KEMASUKAN PELAJAR SESI 2020

KUANTAN - 01.01.2020 Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan satu Taklimat Kemasukan Pelajar Asrama sesi 2020. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 350 pelajar asrama bersama ibu bapa dan penjaga telah hadir pada taklimat yang telah disampaikan oleh Pengetua SM Agama Al-Ihsan, Ustaz Zaidi Bin Ismail. Beliau menyatakan hasrat pihak sekolah melalui pengurusan sistem asrama dalam memenuhi dua objektif utama iaitu memperkasakan bahasa arab dalam kalangan pelajar dan pengukuhan hafazan (tahfiz) yang berbeza sukatan bagi setiap tahun. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar asrama dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Tag: asrama 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini