Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PELANCARAN IHYA' RAMADAN 1442H

KUANTAN - Pelancaran Program Ihya Ramadan 1442H telah dilaksanakan secara serentak di 18 buah SMAN seluruh pahang dengan menggunakan paltform webex dan FB Live. Program tersebut bertujuan untuk membina sahsiah dan peribadi para pelajar secara tidak langsung sepanjang menjalani ibadah puasa dalam tempoh persekolahan secara bersemuka mengikut norma baharu. Antara yang menarik ialah para pelajar diberi peringatan tentang kelebihan bulan ramadan dan ancaman kepada mereka yang mengambil remeh tentang urusan ibadah sepanjang bulan ramadan. Berdasarkan sebuah hadis; Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” HR Tirmizi No: 3545. Semoga bulan ramadan kali ini lebih bermakna kepada kita.

Tag: 2021 FASTING

0 komen

Sila berikan komen anda di sini