Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | ORIENTASI TINGKATAN 1

KUANTAN- Pada 5 April 2022, program orientasi bagi pelajar tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Ad-Daraquthni. Beberapa guru telah terlibat sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar pelajar tingkatan 1 bagi menghadapi peringkat alam persekolahan yang baru bagi mereka. Pelajar telah dibawa mengelilingi sekolah dan diperkenalkan dengan beberapa tempat yang penting seperti bangunan bilik darjah, tandas, surau, koperasi, bilik guru dan sebagainya. Semoga dengan program orientasi yang diadakan pelajar tingkatan 1 akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.

Tag: 2022 Orientasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini