Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN SPM 2019

KUANTAN - Pengumuman Keputusan SPM bagi tahun 2019 telah berlangsung di Dewan ad-Daraquthni dan disempurnakan oleh wakil Pengetua, Ustazah Wan Saadah Binti Wan Abd Rahman selaku GPK Hal Ehwal Murid. Dalam pengumuman tersebut dilontarkan beberapa isu penting berkenaan graf prestasi pencapaian sekolah secara keseluruhan. Alhamdulillah, berkat usaha, doa para guru dan semangat belajar yang ada dalam diri pelajar, Rekod Pencapaian Semua A bagi Aliran Sastera telah berjaya dicapai seramai 3 orang pelajar. Tidak ketinggalan Rekod Pencapaian Semua A bagi Aliran Sains Tulen juga diperoleh seramai 2 orang pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Tag: 2020 spm 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini