Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PROJEK MENAIK TARAF SURAU SEKOLAH

KUANTAN - 09.02.2020 Gerak kerja menaik taraf pembinaan surau sekolah semakin hari semakin positif dalam usaha pihak pentadbiran sekolah ingin mewujudkan satu fasiliti surau yang selesa kepada para warga sekolah termasuk guru, kakitangan dan pelajar. Surau itu akan digunakan sepenuhnya bagi aktiviti kerohanian pelajar sama ada pelajar harian mahupun pelajar asrama. Dalam masa yang sama, Program Tahfiz Bestari yang dilaksanakan di beberapa bangunan dalam kawasan sekolah akan bertukar tempat perlaksanaannya dan menjadikan surau baharu sebagai pusat pemantauan bagi program tersebut. Pihak sekolah berharap agar seluruh warga kerja sekolah terutama pelajar dapat mengambil manfaat sewajarnya daripada penambahbaikan pembinaan surau dalam usaha meningkatkan kualiti diri dan kerohanian yang dibina berteraskan Islam dalam jiwa setiap pelajar. 

Tag: 2020 SURAU

0 komen

Sila berikan komen anda di sini