Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG

KUANTAN - Majlis Khatam Al-Quran 1442H telah dilaksanakan secara serentak di 18 buah SMAN seluruh pahang dengan menggunakan platform webex dan FB Live. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menjadi host utama dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dalam menjayakan majlis tersebut. Program tersebut bertujuan untuk membina sahsiah dan peribadi para pelajar secara tidak langsung sepanjang menjalani ibadah puasa dalam tempoh persekolahan secara bersemuka mengikut norma baharu. Antara yang menarik ialah para pelajar diberi peringatan tentang hikmah penurunan Al-Quran serta aplikasinya dalam kehidupan seharian. Berdasarkan sebuah hadis; "Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur`an dan mengajarkannya" HR Bukhori. Semoga bulan ramadan kali ini lebih bermakna kepada kita.

Tag: 2021 FASTING

0 komen

Sila berikan komen anda di sini