Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MESYUARAT & TA'ARUF GURU BARU

KUANTAN - Seramai 5 orang guru baru telah melaporkan diri secara berperingkat dan mula bertugas di SM Agama Al-Ihsan mulai Februari sehingga April 2018. Antara kakitangan guru yang baru berkhidmat ialah En. Fakhrul, Pn. Muzalina, Pn. Roshayati, Pn. Zainun dan Cik Hanis. Seluruh warga SM Agama Al-Ihsan mengalu-alukan kedatangan para guru untuk menyumbang khidmat bakti sebagai seorang pendidik dalam usaha melahirkan generasi yang berdedikasi dan bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin dalam konteks masyarakat pelajar seterusnya meningkatkan kecemeerlangan akademik dan kokurikulum setanding dengan sekolah menengah harian biasa. Selamat Berkhidmat!

Tag: guru baru 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini