Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA

KUANTAN - Seramai 177 orang calon peperiksaan SM Agama Al-Ihsan telah menduduki peperiksaan SMA mulai hari ini. Peperiksaan yang berlangsung selama 2 minggu bermula 13 Oktober sehingga 03 November memperlihatkan kesungguhan dan keupayaan pelajar dalam menilai dan mentaksir pengetahuan yang diperolehi mereka sepanjang sesi persekolahan dalam usaha mewujudkan pembelajaran bermakna dalam diri mereka. Tambahan daripada itu, peperiksaan SMA mempunyai nilai tambah kepada pelajar yang mana membuktikan bahawa mereka tergolong dalam kalangan pelajar SMAN. Justeru, pihak sekolah mengharapkan supaya peperiksaan kali ini adalah sebagai titik permulaan atau medium untuk para pelajar memahami konsep pendidikan beraliran yang mana akan membawa perubahan dalam kehidupan secara keseluruhannya semoga kejayaan milik kita bersama.

Tag: AKADEMIK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini