Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | HARI KELUARGA (PART 2)

KUANTAN - Pihak pengurusan kelab guru dan kakitangan telah menganjurkan Program Hari Keluarga SM Agama Al-Ihsan bertempat di Pantai Balok. Penganjuran program tersebut bertujuan untuk meraparkan hubungan dan ukhuwah antara kakitangan bukan guru dengan guru yang mana kedua-dua pihak merupakan tunjang utama pengurusan sekolah berjalan lancar. Tambahan daripada itu, generasi muda seperti anak-anak secara langsung menjadi kenalan rapat. Antara yang menarik ialah aktiviti telah disediakan mengikut peringkat umur bermula peringkat kanak-kanak sehingga peringkat pasangan suami isteri. Sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak menjadikan program ini berjaya dan meninggalkan memori yang indah. Semoga penganjuran program sebegini mampu diteruskan dan menjadi tonggak kepada perpaduan dan kesatuan kakitangan guru dan bukan guru dalam usaha memartabatkan SM Agama Al-Ihsan sebagai institusi pendidikan terkemuka.

Tag: FAMILY DAY GURU DAN KAKITANGAN 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini