Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MASISUPA KALI KE-37

KUANTAN - Majlis Penutup Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri (MASISUPA) telah disempurnakan oleh YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz DIMP., SMP., Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Objektif majlis tersebut adalah untuk meraikan usaha gigih yang ditonjolkan oleh semua atlet SMAN dalam menjayakan karnival ini. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang pertandingan berlangsung. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar Ahmad Shahid Bin Mahadi atas kejayaannya sebagai Johan bagi pertandingan Khat dan hasil usahanya dipertontonkan sebagai Montaj Majlis Perasmian Penutup kali ini. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kurikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan. Diharapkan agar dengan perlaksanaan karnival ini dapat meningkatkan kualiti sukan secara individu dari semasa ke semasa.

Tag: 2021 CEREMONY

0 komen

Sila berikan komen anda di sini