Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | GOTONG- ROYONG PERDANA

KUANTAN- Gotong royong perdana telah diadakan pada 22 Mac 2022. Semua guru telah berganding bahu bersama sama membersihkan kawasan sekitar sekolah seperti bilik darjah, koridor, dewan, tapak perhimpunan dan kawasan sekitar sekolah. Kerja pembersihan turut dilaksanakan bersama pihak pentadbiran dan juga staf pembersihan. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah secara bersemuka pada minggu hadapan.


Tag: 2022 GOTONG ROYONG

LENSA SEKOLAH | SELAMAT TAHUN BARU 2022

KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan membuka tirai Tahun 2022 dengan meneruskan sesi persekolahan Tahun 2021 yang diakhiri dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung bulan Mac 2022. Dalam usaha menjadikan SM Agama Al-Ihsan sebagai institusi cemerlang, pihak sekolah meletakkan kecemerlangan dan nilai sahsiah sebagai KPI bagi setiap jabatan sama ada pengurusan dan pentadbiran, kurikulum mahupun ko kurikulum dalam usaha sama memartabatkan pendidikan dalam konteks Falsafah...

Tag: 2022 NEW YEAR

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | AUDIT SIRIM ISO 2021

KUANTAN - Jawatankuasa ISO SM Agama Al Ihsan telah menerima kunjungan Pemantau Audit SIRIM ISO 2021  yang dilaksanakan secara dalam talian. Pemantauan kali ini diketuai oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al Ihsan. Turut hadir bersama dalam sesi pemantauan tersebut adalah semua warga kerja sekolah (guru dan bukan guru) serta wakil Jabatan Agama Islam Pahang. Tujuan pemantauan tersebut adalah untuk melihat dan menilai tahap kepatuhan dan keakuran kakitangan...

Tag: 2021 ISO

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PENTADBIRAN

KUANTAN - Kelab Kakitangan dan Guru telah mengadakan Majlis Persaraan dan Perpisahan Kakitangan Sekolah bertempat di Hotel Mega View Kuantan. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Ustaz Khairul Anuwar, semua guru serta kakitangan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah pihak penaja sendiri yang terdiri daripada pihak Sahabat Tahfiz dan Maqsof Al Ihsan. Pihak sekolah turut merakamkan...

Tag: 2021 CEREMONY