Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SMA 2020

KUANTAN - Keputusan Peperiksaan SMA bagi tahun 2020 telah diumumkan secara rasmi. Pengumuman dibuat secara langsung melalui FB JAIP oleh Pengarah JAIP. Pihak Pentadbiran SM Agama Al-Ihsan dengan itu mengambil ruang dan peluang menyerahkan slip keputusan serta memberi satu suntikan semangat kepada semua calon SMA sesi 2020 dalam ucapan aluan Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua Sekolah. Usaha ini bertujuan untuk meraikan kesungguhan para pelajar yang ditonjolkan semasa menghadapi peperiksaan. Justeru, semoga para pelajar mempelajari sesuatu daripada keputusan yang diperoleh dengan harapan membawa satu tekad perubahan dalam peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Tag: 2021 EXAMINATION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini