Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | LAWATAN KERJA SURAU FASA 3

KUANTAN - Unit Pembangunan Surau SM Agama Al-Ihsan telah menerima kunjungan daripada Yang Berbahagia Dato' Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang bagi Lawatan Kerja Pembangunan Surau Fasa 3. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Yang Berbahagia Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang. Antara tujuan lawatan kerja adalah untuk melihat proses pembangunan surau yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini. Semoga dengan wujudnya surau baru para pelajar tidak lagi mempunyai masalah semasa menunaikan solat dalam waktu persekolahan dan ini selaras dengan elemen yang difokuskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam usaha melahirkan generasi yang berfikiran minda kelas pertama.

Tag: SURAU 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini