Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) REMAJA PAHANG

KUANTAN - Seramai 600 orang pelajar SM Agama Al-Ihsan merangkumi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 telah hadir bersama ibu bapa masing-masing ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SMK Tengku Afzan. Seawal Jam 0800 pagi kelihatan perkarangan PPV dipenuhi dengan kereta pelawat bagi tujuan penerimaan suntikan vaksin dos pertama. Program kali ini adalah rentetan daripada PICK Remaja Pahang yang telah bermula pada 20 September 2021 sebagai satu usaha dan strategi memberi perlindungan bagi generasi muda pada masa yang sama mencapai matlamat imuniti kelompok. Semoga dengan usaha baik Kerajaan Negeri Pahang dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja Pahang mampu memudahkan proses pembukaan semula sekolah-sekolah bagi tujuan pelaksanaan PdP secara bersemuka dan menduduki peperiksaan awam dengan lebih berkesan.

Tag: 2021 VACCINE

0 komen

Sila berikan komen anda di sini