Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MUKTAMAR AGUNG BDDK

KUANTAN - Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) SM Agama Al-Ihsan telah menganjurkan Muktamar Agung sesi 2018/2019 bagi membentangkan perancangan perlaksanaan dakwah dalam kawasan sekolah sepanjang tahun. Seramai 900 orang pelajar termasuk para guru turut hadir ketika muktamar berlangsung. Hal ini membuktikan bahawa kebersamaan pelajar menetukan arah tuju kejayaan dakwah yang ingin dicapai pada masa hadapan. BDDK juga merupakan salah satu badan kepimpinan yang memimpin pelajar dengan berkonsepkan ' dakwah bil hal '. Diharapkan agar dengan berlangsungnya muktamar ini akan mencetuskan perubahan dalam diri setiap pelajar.

Tag: BDDK 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini