Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | PROGRAM KHAS PENINGKATAN HAFAZAN Al-QURAN

KUANTAN - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kelolaan Pengurusan Asrama SM Agama Al Ihsan telah melibatkan para pelajar Tingkatan 1 dan 2 Asrama bagi menjayakan Program Khas Peningkatan Hafazan Al Quran. Antara objektif perlaksanaan adalah untuk memberi pendedahan bagaimana teknik menghafaz Al Quran dengan berkesan dalam kalangan pelajar SM Agama Al Ihsan yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang cemerlang dan berkualti. Tahniah diucapkan kepada para pemenang kerana mampu bersaing dengan sihat dan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang karnival berlangsung. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dalam penglibatan tersebut. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kurikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2021 FASTING

0 komen

Sila berikan komen anda di sini