Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KUIZ IHYA ' RAMADAN PERINGKAT SEKOLAH

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Kerohanian 4K telah melaksanakan Kuiz Ihya' Ramadan peringkat sekolah sepanjang bulan Ramadan dalam tempoh persekolahan. Tujuan utama pelaksanaan kuiz tersebut adalah sebagai salah satu nilai tambah pengetahuan kepada para pelajar disamping mereka belajar seperti biasa. Hal ini mampu menjadikan para pelajar sentiasa cakna dengan perkembangan isu semasa termasuk peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam khususnya pada bulan Ramadan. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2021 FASTING

0 komen

Sila berikan komen anda di sini