Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN PELAJAR

KUANTAN - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kelolaan Jawatankuasa Kebajikan dan Kesihatan Pelajar telah membuat penyerahan sumbangan kebajikan pelajar yang ditimpa musibah. Usaha murni ini disambut baik oleh warga kakitangan sekolah termasuk para pelajar daripada setiap tingkatan. Ini merupakan salah satu proses menerapkan nilai empati dalam diri setiap pelajar secara tidak langsung dan menjadikan nilai tersebut sebagai salah satu nilai yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar semoga sentiasa bersabar atas ujian yang menimpa dan berfikiran positif dalam menghadapi cabaran hidup pada masa hadapan. Semoga dengan sumbangan tersebut mampu meringankan serba sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar.

Tag: 2021 CONTRIBUTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini