Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PENYERAHAN BANGUNAN PENTADBIRAN OLEH PIHAK JKR

KUANTAN - Projek Naik Taraf Fasiliti Bangunan Pentadbiran SM Agama Al Ihsan telah siap diselenggara oleh pihak JKR mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut. Antara bahagian bangunan yang mengalami proses naik taraf tersebut ialah ruangan pejabat sekolah (merangkumi bilik pengetua dan bilik guru penolong kanan), stor pentadbiran, bilik guru lelaki, bilik guru perempuan dan laluan koridor utama termasuk pentas perhimpunan. Proses naik taraf ini secara tidak langsung menjadikan sekolah berada dalam persekitaran 4K yang lebih baik. Pihak pentadbiran sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menaik taraf bangunan pentadbiran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga perubahan fasiliti sedia ada menjadikan SM Agama Al Ihsan sebagai salah satu institusi pendidikan yang cemerlang pada masa hadapan.

Tag: 2021 CONSTRUCTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini