Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | HARI PELAPORAN PELAJAR

KUANTAN - Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan Hari Pelaporan Pelajar atau lebih dikenali dengan nama Hari Prestasi Pelajar yang bertujuan untuk pihak sekolah khususnya para guru melihat dan menganalisis perkembangan pembelajaran individu pelajar untuk suatu tempoh persekolahan. Kecenderungan pelajar dalam bidang akademik bergantung kepada tahap keberkesanan PdPc yang dijalankan oleh guru  sama ada pembelajaran tradisional atau pembelajaran abad ke-21 disamping tidak menafikan akan kewujudan kepelbagaian kecerdasan pelajar dalam bidang bukan akademik.

Namun kesinambungan yang positif bukan dinilai dalam bidang akademik semata-mata bahkan keseimbangan antara aspek kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi domain kognitif, afeksi dan psikomotor dalam diri setiap pelajar. Harapan sekolah kepada para pelajar agar dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di sekolah dalam konteks kehidupan bermasyarakat selarasnya dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah melahirkan rakyat malaysia dan modal insan yang seimbang dari aspek rohani, intelektual, emosi dan jasmani.

Tag: AKADEMIK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini