Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PERHIMPUNAN PERTAMA PERSEKOLAHAN

KUANTAN - 02.01.2020 Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menerima seramai 240 orang pelajar baru bagi Kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan tahun ini. Jumlah tersebut meyakinkan bahawa sekolah agama masih mendapat tempat dalam hati masyarakat khususnya buat generasi baru dalam kerangka memacu perubahan arus pendidikan berlandaskan shariah.
 
Hari Orientasi Pelajar yang dilaksanakan selepas perhimpunan pertama pada 02 Januari 2020 bertempat di Dewan ad-Daraquthni merupakan satu medium...

Tag: 2020 perhimpunan

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | PERJUMPAAN PELAJAR BERSAMA WARDEN

KUANTAN -  02.01.2020 Perjumpaan pelajar asrama bersama para warden diadakan bagi meletakkan satu persediaan rapi dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar asrama yang baru. Setiap pelajar juga telah dimaklumkan berkenaan dengan gaya hidup asrama yang sesuai dengan harapan budaya kehidupan pelajar asrama dapat diteruskan dengan baik. Hal ini demikian kerana kematangan seseorang boleh diukur melalui perubahan yang berlaku dalam tingkah laku, perbuatan dan perhubungan dalam kalangan...

Tag: 2020 warden

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | TAKLIMAT KEMASUKAN PELAJAR SESI 2020

KUANTAN - 01.01.2020 Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan satu Taklimat Kemasukan Pelajar Asrama sesi 2020. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 350 pelajar asrama bersama ibu bapa dan penjaga telah hadir pada taklimat yang telah disampaikan oleh Pengetua SM Agama Al-Ihsan, Ustaz Zaidi Bin Ismail. Beliau menyatakan hasrat pihak sekolah melalui pengurusan sistem asrama dalam memenuhi dua objektif utama iaitu memperkasakan bahasa arab dalam...

Tag: asrama 2020

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SELAMAT TAHUN BARU 2020

KUANTAN - 01.01.2020  SM Agama Al-Ihsan membuka tirai sesi persekolahan baru 2020 dengan meletakkan kecemerlangan sebagai KPI bagi setiap jabatan sama ada pengurusan dan pentadbiran, kurikulum mahupun ko kurikulum dalam usaha memartabatkan pendidikan dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Diharapkan agar perjalanan persekolahan bagi tahun ini dipenuhi dengan pelbagai lakaran kecemerlangan. Insya-Allah.

Tag: 2020 HARAPAN