Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PROJEK MENAIK TARAF SURAU SEKOLAH

KUANTAN - 09.02.2020 Gerak kerja menaik taraf pembinaan surau sekolah semakin hari semakin positif dalam usaha pihak pentadbiran sekolah ingin mewujudkan satu fasiliti surau yang selesa kepada para warga sekolah termasuk guru, kakitangan dan pelajar. Surau itu akan digunakan sepenuhnya bagi aktiviti kerohanian pelajar sama ada pelajar harian mahupun pelajar asrama. Dalam masa yang sama, Program Tahfiz Bestari yang dilaksanakan di beberapa bangunan dalam kawasan sekolah akan bertukar tempat...

Tag: 2020 SURAU

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

KUANTAN - 09.02.2020 Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah khusus kepada pelajar tingkatan 3. Kursus yang berlangsung selama satu hari itu menampilkan pengisian yang tepat berkenaan dengan cara menguruskan jenazah lelaki dan wanita. Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana menguruskan jenazah apabila mereka mengalami sendiri situasi kematian dalam keluarga mereka.  Diharapkan agar dengan pendedahan dan...

Tag: 2020 PENGURUSAN JENAZAH

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | KEM IBADAH SIRI 1.0

KUANTAN - 08-09.02.2020 Kem Ibadah Siri 1.0 telah berlangsung selama 1 hari dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid. Kem tersebut melibatkan semua pelajar asrama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kem tersebut dikendalikan oleh para pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang mengambil jurusan shariah dan menjadikan program ini sebagai platform dakwah dalam merealisasikan apa yang telah dipelajari dalam jurusan mereka.  Pihak sekolah...

Tag: 2020 BDDK

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN DAN ILMIAH

KUANTAN - 07.02.2020 Majlis Penutup Karnival Sukan dan Ilmiah Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG. Objektif majlis tersebut adalah untuk meraikan usaha gigih yang ditonjolkan oleh semua atlet sekolah dalam menjayakan karnival ini. Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung selama 4 hari itu adalah sebagai langkah persediaan para atlet mewakili sekolah dalam Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA)...

Tag: 2020 MASISUPA