Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PELANCARAN PROGRAM UNIT BDDK

KUANTAN - 29.01.2020 Pelancaran Program Khas BDDK telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Objektif pelancaran adalah untuk memberi makluman awal tentang program yang bakal dilaksanakan oleh BDDK khusus kepada para pelajar secara berkala dalam tempoh persekolahan bagi sesi 2020. Antara yang menarik adalah Jom Usrah, Jom Upgrade Pahala, Love and Care serta Islah Nafsi. Secara umum, semua program BDDK berteraskan konsep kerohanian...

Tag: 2020 BDDK

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KARNIVAL KERJAYA MAHASISWA/I UINSU

KUANTAN - 29.01.2020 Karnival Kerjaya dibawah kelolaan Hal Ehwal Murid Unit Kaunseling dan Kerjaya telah berlangsung selama 1 hari bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Karnival tersebut bertujuan untuk membuka pengetahuan para pelajar tingkatan 1 mengenai hala tuju pendidikan bagi pelajar lulusan sekolah menengah agama. Program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa/i Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU). Program yang berlangsung dalam tempoh masa yang singkat mampu memberi...

Tag: 2020 MOTIVASI UNIVERSITI

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KEM MyINSANIAH

KUANTAN - 20-22.01.2020 Badan Kepimpinan Sekolah telah menyertai Kem MyInsaniah anjuran Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan beberapa buah sekolah menengah Negeri Pahang. Kem MyInsaniah berkonsepkan 'Remaja Rahmah Untuk Ummah' menampilkan pelbagai aktiviti bina jati diri yang menarik dan sesuai dengan jiwa seorang remaja. Kem yang berlangsung selama 3 hari tersebut banyak memberi peluang kepada pelajar dalam mencungkil bakat masing-masing dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh...

Tag: 2020 KEM MyINSANIAH

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KARNIVAL KO-FALAK JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG

KUANTAN - 16.01.2020 Karnival Ko Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang telah memilih SM Agama Al-Ihsan sebagai lokasi pencerapan sepanjang karnival berlangsung. karnival telah dirasmikan oleh SS Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Hj Osman, Mufti Negeri Pahang. Peserta karnival terdiri daripada warga kerja sekolah dan para pelajar tingkatan 3 dan 4 serta ahli kelab astronomi sekolah. Karnival yang berlangsung selama 1 hari itu banyak memberi pengetahuan serta pengalaman yang menarik...

Tag: 2020 Ko falak