Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "2019"

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | BENGKEL PENYEMBELIHAN

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Bengkel Penyembelihan Burung Puyuh bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Bengkel tersebut turut menyediakan latihan amali bagi setiap pelajar yang mana para pelajar diberi peluang menyembelih burung puyuh sendiri. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa...

Tag: 2019 bengkel

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SEMINAR MATA PELAJARAN SMA

KUANTAN - Bahagian Kurikulum telah menganjurkan seminar mata pelajaran bagi calon peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Seminar tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengukuhan para pelajar dalam mata pelajaran yang diambil bagi jenis peperiksaan tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan pada masa hadapan.


Tag: 2019 SEMINAR SMA

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pusat Sumber telah menganjurkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan dengan tema membaca selama 10 minit. Kempen tersebut telah disempurnakan di tapak perhimpunan dengan tujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan guru dan pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dalam penglibatan sepanjang program dan selamat membaca kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa hadapan.


Tag: 2019 DEKAD MEMBACA

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGETUA

KUANTAN - Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan pengetua yang telah tamat tempoh perkhidmatan beliau di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat bersara kepada yang diraikan dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik pada masa hadapan.


Tag: 2019 bersara