Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "2019"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SELENGGARA

KUANTAN, 13.10.2019 - Kerja-kerja penyelenggaran sekitar sekolah telah dilakukan oleh pekerja sekolah bermula Jumaat hingga Ahad. Kawasan penyelenggaraan ialah kantin lama (surau sementara), dewan ad-Daraquthni (baik pulih lampu dan penghawa dingin) dan sekitar sekolah (pangkas pokok).

Tag: 2019 selenggara

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | JELAJAH BAHASA ARAB

KUANTAN, 09.10.2019 - Satu program Jelajah Bahasa Arab telah diadakan di Surau SMA al-Ihsan pagi ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1,2,3 dan 5 dari SMA al-Ihsan dan jemputan seramai 10 orang pelajar dari SMA al-Khairiah serta guru-guru Bahasa Arab dari SMAN Pahang. Program Jelajah Bahasa Arab ini menampilkan pelajar yang mampu bertutur dalam bahasa arab dengan baik. Tahniah kepada Us Shahin (SMA al-Ihsan), Us Asyraf (SMA al-Khairiah), Ustazah Afidah (Bahagian Pendidikan JAIP) serta...

Tag: Bahasa Arab 2019

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

KUANTAN - 02.10.2019.Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah bermula dengan jayanya di Pusat Peperiksaan utama Dewan ad-Daraquthni. Hari pertama peperiksaan turut dihadiri oleh YDP PIBG bersama ibu bapa calon sebagai lambang restu dan motivasi kepada para pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan selamat menduduki peperiksaan dan mendoakan kepada para calon semoga dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan.


Tag: 2019 pt3

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS RESTU ILMU

KUANTAN - Bahagian Kurikulum telah menganjurkan majlis restu ilmu bertempat di tapak perhimpunan bagi calon peperiksaan utama iaitu PT3, SMA, dan SPM. Penganjuran tersebut bertujuan untuk menimbulkan rasa rendah hati dan sifat bertawakkal dalam diri para guru dan pelajar disamping mencari keberkatan dalam melaksanakan amanah. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan mendoakan kepada semua pelajar semoga dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan pada masa hadapan.


Tag: 2019 restu ilmu