Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "2019"

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | TAKLIMAT PELAJAR ASRAMA

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan satu Taklimat Kemasukan Pelajar Asrama sesi 2019. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 350 pelajar asrama bersama ibu bapa dan penjaga telah hadir pada taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Warden. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar asrama dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 asrama

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MESYUARAT GURU SIRI 1

KUANTAN - Bahagian Kurikulum telah mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi menyusun urustadbir perlaksanaan dan pengurusan para guru dalam menghadapi sesi persekolahan baru. Mesyuarat dihadiri oleh semua guru yang terdiri daripada Guru KPM, Guru ASPA, Guru UAE dan Guru MUIP. Pihak sekolah turut merakamkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua guru dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa hadapan.


Tag: 2019 guru

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2018

KUANTAN - Pengumuman keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2018 telah diumumkan di tapak perhimpunan oleh GPK Kurikulum yang turut dihadiri oleh calon peperiksaan bersama ibu bapa mereka pada hari tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 SMA

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3 2018

KUANTAN - Pengumuman keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018 telah diumumkan di tapak perhimpunan oleh GPK Kurikulum yang turut dihadiri oleh calon peperiksaan bersama ibu bapa mereka pada hari tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 pt3