Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "2019"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PERPISAHAN EN.ZAINON

KUANTAN - Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Unit Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan telah mengadakan Majlis Perpisahan Kakitangan Bukan Guru bertempat di perpustakaan. Majlis dihadiri oleh semua guru dan kakitangan dan disempurnakan oleh pengetua. Pihak sekolah turut merakamkan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada yang diraikan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 KAKITANGAN

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | ANUGERAH 5S

KUANTAN - Penyampaian Anugerah 5S bagi sesi 2018 telah disempurnakan oleh wakil MPC Zon Pantai Timur kepada Jawatankuasa 5S sekolah bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Jawatankuasa 5S yang terdiri daripada para guru dan semua pelajar dalam mengekalkan dan mengamalkan 5S dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 5S

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | LADAP ARMADA

KUANTAN - Bahagian Kurikulum telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi para guru menggunakan perisian yang dikenali sebagai ARMADA. ARMADA merupakan satu perisian yang digunakan bagi mengisi rancangan pengajaran harian bagi setiap guru mengikut mata pelajaran. Pihak sekolah turut merakamkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua guru dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa hadapan.


Tag: 2019 ARMADA

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | ORIENTASI TINGKATAN 1

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid telah melaksanakan Orientasi Pelajar Tingkatan 1 bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Orientasi telah diketuai oleh Penyelaras Tingkatan bersama para guru. Orientasi yang berlangsung dalam tempoh satu minggu turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 tingkatan 1