Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MALAYSIA QURAN HOUR

KUANTAN - Program Malaysia QuranHour yang berlangsung di seluruh Malaysia pada 24 Ramadan 1438H telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar pada peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Program ini telah dilancarkan pada jam 1300 petang bertempat di Dewan Utama ad-Daraquthni. Program yang bertemakan 'Satu Jam Bersama al-Quran' ini membuktikan bahawa membudayakan al-Quran di dalam kehidupan adalah satu aktiviti harian yang perlu dilaksanakan sebagai seorang berbangsa...

Tag: UMMAH

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS IFTAR & PENYERAHAN BANTUAN PELAJAR

KUANTAN - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu Majlis Iftar dan Penyerahan Bantuan kepada Pelajar (Anak Yatim & Miskin) pada peringkat sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato' Mohammad Noor Bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan turut hadir bersama dengannya adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian Pendidikan. Seramai 50 orang pelajar telah menerima sumbangan yang diberikan oleh pihak yang...

Tag: bantuan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | CERAMAH MOTIVASI

KUANTAN - Pihak pentadbiran Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu program motivasi sebagai pemangkin kepada pembinaan idea-idea baru dalam usaha melonjakkan prestasi akademik pelajar ke arah yang lebih baik dan secara tidak langsung merangsang domain kognitif, afeksi dan psikomotor para pelajar ke arah perubahan yang berunsurkan akademik. Sehubungan dengan itu, program yang dianjurkan dapat melatih kemahiran intrapersonal pelajar supaya pembelajaran bermakna berlaku di dalam...

Tag: CERAMAH

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | HUMANITARIAN TALK

KUANTAN - Semarak Ramadan Peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan membuka tirai dengan satu program Ceramah Kemanusiaan yang berlaku dalam kalangan umat islam khususnya di Timur Tengah (Bumi Syam) iaitu Palestine, Syria, Iraq, Yemen dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam (Surah al-Baqarah : Ayat 143) " Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat islam, umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul Muhammad menjadi saksi atas perbuatan...

Tag: UMMAH