Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | MAKAN MALAM TAHUNAN

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan majlis makan malam tahunan asrama bagi meraikan pelajar asrama tingkatan 5 dan pelajar asrama yang cemerlang dalam bidang akademik. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 asrama

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | UCAPAN ALUAN PENGETUA BAHARU

KUANTAN - Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran telah mengadakan majlis ringkas bertempat di tapak perhimpunan bagi mengalukan kedatangan pengetua baharu dan merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang Berbahagia Ustaz Zaidi Bin Ismail. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat bertugas di sm agama al-ihsan. Semoga dengan kehadiran pengetua dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dan prestasi sekolah pada masa hadapan.


Tag: 2019 pengetua

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | BENGKEL MATA PELAJARAN PT3

KUANTAN - Bahagian Kurikulum telah menganjurkan seminar mata pelajaran bagi calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Seminar tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengukuhan para pelajar dalam mata pelajaran yang diambil bagi jenis peperiksaan tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan pada masa hadapan.


Tag: 2019 bengkel

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SOLAT HAJAT PERDANA

KUANTAN - Solat Hajat Perdana telah dilaksanakan pada 20 September baru-baru ini. Solat hajat ini adalah aktiviti tahunan melibatkan pelajar tingkatan 3,4,5, ibu, bapa dan guru-guru SMA al-Ihsan. Lebih kurang 600 orang telah memenuhi ruang solat Surau SMA al-Ihsan. Solat hajat bermula jam 09:00 pagi, diiringi bacaan Yasin dipimpin oleh  Imam 1 Masjid Negeri Ustaz Khalil bin Zari. Selepas itu, tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Cikgu Fadzil. Solat Hajat berakhir jam 11:00 pagi....

Tag: 2019 Solat Hajat