Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "asrama"

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | TAKLIMAT PELAJAR ASRAMA

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan satu Taklimat Kemasukan Pelajar Asrama sesi 2019. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 350 pelajar asrama bersama ibu bapa dan penjaga telah hadir pada taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Warden. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar asrama dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 asrama

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | 5S ASRAMA

KUANTAN - Unit 5S SM Agama Al-Ihsan telah menganjurkan gotong-royong secara berperingkat dalam usaha meningkatkan lagi kualiti sekolah seterusnya layak untuk mendapat pengiktirafan 5S. Antara yang difokuskan ialah kawasan asrama yang merupakan sebahagian daripada persekitaran sekolah. Pelaksanaan diketuai oleh En. Ahmad Baihaqi B. Abd Basik, Ketua Warden dengan dibantu oleh para warden yang lain. Persekitaran asrama perlu diceriakan dengan membuat pembaharuan dan penambahbaikan dengan...

Tag: 5S asrama 2018

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | MINGGU KEBUDAYAAN

KUANTAN - Satu program kepimpinan bagi pelajar tingkatan 4 telah dianjurkan oleh pihak pengurusan asrama dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kepimpinan pelajar dalam mengendalikan sesuatu program. Program yang diberi nama Minggu Kebudayaan Asrama telah berlangsung selama 3 hari mulai hari jumaat sehingga hari ahad. Antara yang menarik sepanjang minggu kebudayaan berlangsung ialah aktiviti binaan straw yang mana merangsang pemikiran para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis....

Tag: asrama 2018

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | MAJLIS RAMAH MESRA KELUARGA ANGKAT

KUANTAN - Pihak pentadbiran asrama telah menganjurkan satu Majlis Ramah Mesra Keluarga Angkat bagi pelajar tingkatan 1 dan 5. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad, AMP,. Antara objektif penganjuran majlis tersebut adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah buli dan pada masa yang sama bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar tingkatan 1 dan 5. Dapatan daripada itu,...

Tag: asrama 2018