Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "MASISUPA"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | LARIAN MERENTAS DESA (PART 1)

KUANTAN - Satu Karnival Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SM Agama Al-Ihsan dalam usaha menyuntik semangat MASISUPA yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Larian sejauh 7KM ini melibatkan tenaga kerja seramai 900 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru. Karnival ini berlangsung dalam tempoh satu minggu dan menjadikan acara larian merentas desa sebagai acara pembukaan. Kemeriahan karnival dapat dirasai oleh masyarakat setempat dengan kehadiran Tok...

Tag: MASISUPA 2018

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS KESYUKURAN MASISUPA

KUANTAN - Pihak pentadbiran Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu Majlis Kesyukuran yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Qadhi Daerah Kuantan,  Tuan Haji Abdul Zaki bin Mod Zain, AMP bagi meraikan kesungguhan dan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh para atlet sekolah dalam Kejohanan MASISUPA yang lalu. Antara objektif lain adalah sebagai satu suntikan anjakan paradigma dalam jiwa atlet bagi meneruskan kegemilangan al-Ihsan dalam kejohanan yang lain. Sekalung...

Tag: MASISUPA

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | JUARA ZON 2

KUANTAN – Majlis Perasmian Penutup MASISUPA kali ke-33 Zon 2 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif, DSAP., DIMP., SMP., Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri pada 19 Februari 2017 bertempat di Dewan ad-Daraquthni Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan.
 
Kejohanan MASISUPA yang berlangsung selama empat hari itu berakhir dengan jayanya. Berikut disenaraikan jumlah pungutan pingat bagi setiap acara...

Tag: MASISUPA

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MASISUPA ZON 2

KUANTAN – Kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Ugama Negeri Pahang (MASISUPA) ZON 2 kali ke-33 dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sedang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan mulai dari 16 hingga 19 Februari 2017. Kejohanan MASISUPA ini melibatkan 5 buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Sekolah Menengah Agama Maran, Maahad Sultan Ahmad Shah, Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Islam...

Tag: MASISUPA