Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Papar Artikel

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4


PEKAN - Minggu orientasi bagi Tingkatan 4 diadakan bagi semua pelajar tingkatan 4 bermula pada 2/1/2018 hingga 4/1/2018. Ia diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan awal mengenai kurikulum tingkatan 4 kepada para pelajar. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan maklumat yang disampaikan bagi meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik mereka.

Tag: orientasi.tingkatan.4.2018.SMATAF

Papar Artikel

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1

PEKAN - Tanggal 2 Januari, sesi persekolahan telah dimulakan bagi tahun 2018. Oleh yang demikian, minggu orientasi bagi tingkatan 1 diadakan bermula dari 2/1/2018 hingga 5/1/2018. Antara program yang dirangkakan ialah Taaruf bersama usrah kelas, Taklimat Disiplin, Taklimat Kurikulum, Taklimat Pusat Sumber  serta Taklimat Kokurikulum. Diharapkan program yang disediakan dapat membantu para pelajar serta menaikkan semangat mereka bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2018 di bumi SMATAF....

Tag: orientasi.tingkatan.1.2018.SMATAF

Papar Artikel

LIMA TAHUN KEKAL CEMERLANG SMA

PEKAN- SMATAF mengekalkan kecemerlangannya apabila sekali lagi dinobatkan sekolah terbaik dalam keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) negeri Pahang 2017. 

Pengetua SMATAF, Puan Saniah Muhammad dalam ucapan beliau mengumumkan seramai 50 orang calon berjaya memperoleh Mumtaz Sofi dan 51 orang calon memperoleh Mumtaz. Pencapaian ini sekaligus meletakkan SMATAF sebagai sekolah terbaik SMA selama lima tahun berturut-turut. 

Setinggi-tinggi tahniah buat warga SMATAF. Semoga...

Tag: SMA SMATAF MUMTAZ SOFI Terbaik

Papar Artikel

KEJOHANAN GOLF MSSD PEKAN 2017

Pada 13 Julai 2017 yang lepas, telah berlangsungnya Kejohanan Golf MSSD Pekan bagi tahun 2017 bertempat di Kelab Golf Diraja Pekan. Kejohanan ini anjuran Unit Sukan PPD Pekan dan Kelab Golf Diraja Pekan. SMATAF telah menghantar seorang wakil peserta bagi kategori bawah 15 tahun. Tahniah diucapkan kepada ZAINUN NUR AIN ZAINI yang telah berjaya meraih Naib Johan dalam acara yang tersebut. 

Tag: SMATAF MSSD 2017