Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Spelling Bee Competition

                                               "Please spell the word SUCCESS"
                                                            "S-U-C-C-E-S-S"


Spelling Bee merupakan salah satu Program Akhir Tahun 2016 di sekolah ini. Pertandingan interaktif ini dikelolakan oleh Persatuan Bahasa Inggeris SMATAF. Aktiviti yang diinspirasikan dari pertandingan Spell It Right Competition ini disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada 6 ahli. Mereka berentap untuk merebut gelaran Juara Spelling Bee SMATAF. Gelaran ini diberikan kepada pasukan yang berjaya mengumpul mata terbanyak dalam perjuangan mereka mengeja perkataan-perkataan Bahasa Inggeris berdasarkan tahap kesukaran yang ditetapkan oleh juri. Peserta diberikan masa selama 20 saat untuk mengeja perkataan yang diberikan dengan betul. Aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini sememangnya mendapat sambutan hangat dari para pelajar. 

Tag: Persatuan Bahasa Inggeris ProAT2016

0 komen

Sila berikan komen anda di sini