Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PT3 2018: Sejarah Cemerlang Berulang!

Khamis, 12 Disember 2018 - PELAJAR tingkatan 3 menerima keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Dewan Ibnu Khaldun, SMATAF. Pengumuman dan penyerahan telah dibuat oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua Ustaz Mohd Shaikhan Bin Mohamed Mokhtar dibantu oleh Setiausaha PT3, Puan Dazura Bt Daing dalam majlis ringkas sekitar jam 10.30 pagi. Majlis turut dijayakan dengan kehadiran barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru PT3 serta para ibu bapa. 

Seramai 20 orang pelajar telah mencatat keputusan cemerlang dengan pencapaian 11A (1 orang), 10A (1 orang), 9A (4 orang), 8A (3 orang), dan 7A (11 orang). 

Pada masa sama, pelajar-pelajar turut menerima laporan-laporan penilaian lain seperti laporan penghuraian mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, laporan sukan dan ko-kurikulum serta laporan Psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan pelajar. 

Tahniah dan syabas, diucapkan kepada semua pelajar lepasan PT3 diatas pencapaian cemerlang anda! 

Tag: PT3.2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini