Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Tag: "SMA"

Papar Artikel

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2018

Tarikh: 29 September 2018
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SMATAF 

Solat Hajat Perdana PT3, SMA dan SPM diadakan di Dewan Ibnu Sina dengan dihadiri ramai ibu bapa pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Program dimulakan dengan Solat Dhuha dan Solat Hajat. Ia diteruskan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil. Semoga doa dan hajat yang dimohon diterima oleh Allah SWT. 

Tag: pt3 SMA spm

Papar Artikel

LIMA TAHUN KEKAL CEMERLANG SMA

PEKAN- SMATAF mengekalkan kecemerlangannya apabila sekali lagi dinobatkan sekolah terbaik dalam keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) negeri Pahang 2017. 

Pengetua SMATAF, Puan Saniah Muhammad dalam ucapan beliau mengumumkan seramai 50 orang calon berjaya memperoleh Mumtaz Sofi dan 51 orang calon memperoleh Mumtaz. Pencapaian ini sekaligus meletakkan SMATAF sebagai sekolah terbaik SMA selama lima tahun berturut-turut. 

Setinggi-tinggi tahniah buat warga SMATAF. Semoga...

Tag: SMA SMATAF MUMTAZ SOFI Terbaik

Papar Artikel

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Sempena meraikan tamatnya peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2016, pihak sekolah telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur untuk para pelajar tingkatan 4. Lawatan selama sehari ini disertai oleh 74 orang pelajar, 3 orang guru dan 3 orang staf sokongan yang diketuai oleh Puan Nadiah bt Abdul Hamid. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Muzium Bank Negara, Petrosains, Aquaria dan juga Ikea. Berdasarkan lawatan ini, para pelajar mendapat banyak  input yang baru dan...

Tag: SMA lawatan