Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM 2018 & KOKURIKULUM 2019

Jumaat, 12 Julai 2019 - SMATAF terus berazam untuk menghasilkan peningkatan prestasi dalam bidang akademik, Kokurikulum, dan sahsiah murid. Sehubungan dengan itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2018 & Kokurikulum 2019 diadakan pada tanggal 12 Julai 2019 di Dewan Ibnu Sina.
 
Majlis ini diadakan bagi meraikan serta memberi pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang Kurikulum seperti peperiksaan akhir tahun, Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Pra-STAM. Selain itu juga, majlis turut meraikan pencapaian cemerlang para pelajar dalam bidang Kokurikulum dalam penglibatan acara-acara di peringkat sekolah. Majlis seumpama ini turut memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen para guru yang telah berjaya meningkatkan keputusan dalam peperiksaan awam.
 
Majlis turut menyaksikan, bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2018, Nuryn Lela Adenin Binti Lela murad telah diangkat sebagai Tokoh Pelajar SMATAF tahun 2019. Saudari Nuryn yang cemerlang dalam bidang akademik, bermula daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan pencapaian 4A 3B, PT3 - 10A 1B & SPM -11A. Pencapaian beliau bukan sahaja cemerlang dari aspek Kurikulum, malah turut cemerlang dari aspek Kokurikulum melalui penglibatan dalam acara Bahas Bahasa Melayu menerusi Kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) dan juga Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (MIISMAM). Inilah matlamat utama pihak SMATAF untuk melahirkan modal insan cemerlang dari segenap aspek seiring dengan visi SMATAF agar menjadi Sekolah Menengah Agama terbaik dalam melahirkan generasi rabbani gemilang di negeri Pahang Darul Maklmur menjelang tahun 2020.
 
Hadir bersama, Al-Fadhil Ustaz Azmy Murad Bin Mohamed Yatim, Penolong Pengarah Unit Peperiksaan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Beliau hadir mewakili Yang Hormat Dato’ Syed Ahmad Fuad Bin Syed Taha DIMP., SMP., Pengarah JAIP. Dalam ucapan perasmian, beliau berpesan kepada para pelajar bahawa dalam menuntut ilmu, pengorbanan amat perlu terutama sekali pengorbanan dari segi masa. Para pelajar perlu menanam jiwa bekorban seperti bekorban waktu bermain dan juga waktu cuti sekolah demi mempersiapkan diri mereka terhadap pelbagai cabaran terutama sekali cabaran dalam pembelajaran. 
 
Syabas dan tahniah kepada para penerima anugerah Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2018 & Kokurikulum 2019! Semoga terus cemerlang di masa akan datang. 

Tag: Majlis.Anugerah.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini