Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

GOTONG ROYONG FASA 3

TARIKH : 19 JUN 2019
TEMPAT : SEKITAR SMATAF
 
PEKAN - Satu gotong royong telah diadakan melibatkan semua warga SMATAF bagi membersihkan dan menceriakan sekitar kawasan sekolah. Gotong royong yang bermula jam 3.30 petang itu merupakan antara persediaan pihak sekolah bagi menghadapi pemantauan Program 4K dalam masa yang sama dapat mewujudkan suasana sekolah yang cantik dan ceria. Semoga dengan amalan gotong royong ini dapat meningkatkan semangat anak-anak pelajar dalam menghadapi proses pembelajaran. 

Tag: 4K.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini