Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

BENGKEL TOT KOKURIKULUM FALAQ SMAN PAHANG 2019

Cherating, 11-13 Mac - Sebuah Bengkel Training of Trainers (TOT) Modul Kokurikulum Falaq Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 Mac 2019 sehingga 13 Mac 2019. Bengkel yang telah diadakan di Santuary Resort, Sungai Karang menyaksikan penyertaan 90 orang peserta di mana SMATAF turut diwakili oleh 3 orang ahli kelab Ko-Falaq (Aina Syazwina, Aisyah Maisarah & Nuraisya Khalilah) disamping 2 orang guru pengiring (Puan Zuraidah & Puan Nazilatul Asyikin). 

Bengkel TOT menggunakan Modul Falaq yang julung kali diadakan ini turut melibatkan beberapa penceramah terulung dalam bidang falaq seperti Prof Madya Dr Baharuddin Bin Zainal, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Irfan (penulis buku Modul Falak), Encik Ahmad Taufan Bin Abdul Rashid serta Encik Shahrin Bin Ahmad. 

Bengkel pada kali ini turut menyaksikan Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Osman meluangkan bagi merasmikan Bengkel TOT Kokurikulum Falaq SMAN Tahun 2019.

Tag: TOT.Falaq

0 komen

Sila berikan komen anda di sini