Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PROSES SANITASI PRA-PEMBUKAAN SEKOLAH NORMA BAHARU

Hari       : Sabtu & Ahad
Tarikh   : 23 & 24 Mei 2020

          Selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah telah mengadakan sesi sanitasi pra-pembukaan sekolah norma baharu. Merujuk perkara 6.2.1. di dalam “Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah” yang telah dibentangkan oleh pihak KPM, pihak sekolah harus memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum proses persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama antara staf sokongan sekolah dan pihak kontraktor pembersihan sekolah telah melakukan proses sanitasi yang telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari. 

          Sewaktu proses sanitasi dijalankan, fokus utama dititikberatkan pada kawasan-kawasan yang berpotensi mempunyai kontak langsung atau sering disentuh pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, pengepam tandas, pelapik tempat duduk tandas, susur tangan di kawasan tangga serta koridor. Kawasan tumpuan sewaktu proses sanitasi dijalankan berpusat kepada prasarana sekolah dan asrama. Proses sanitasi yang melibatkan prasarana bangunan sekolah meliputi kawasan: pejabat, bilik guru perempuan, bilik guru lelaki, mudarraj, kelas-kelas PdP, makmal sains, kantin, bilik isolasi, bilik siaraya, tandas, tangga serta koridor. Manakala proses sanitasi yang telah dilakukan di asrama pula meliputi kawasan: dorm asrama, tandas pelajar, tangga, koridor, ampaian pakaian pelajar dan juga dewan makan asrama. 

          Semoga usaha murni dari pihak sekolah ini dapat membantu semua pihak dalam membendung penularan wabak covid-19. 

#kitajagakita #kitamestimenang #kekalselamat

Tag: Sanitasi.Pra.Sek

0 komen

Sila berikan komen anda di sini