Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Taklimat Kesihatan: Apa itu Penyakit Thalasemia?

Selasa, 22 Januari 2019 - Sebuah taklimat kesihatan berkaitan penyakit Thalasemia telah diadakan di SMA Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF). Sesi taklimat yang telah berlangsung selama 40 minit di Mudarraj, SMATAF telah disampaikan oleh wakil Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Daerah Pekan. 

Menerusi sesi taklimat tersebut, pelajar-pelajar didedahkan mengenai penyakit Thalasemia seperti faktor-faktor penyakit Thalasemia. Di samping itu, pelajar-pelajar turut diberi taklimat berkenaan gejala serta kesian yang dialami oleh penghidap penyakit Thalasemia. Dalam sesi taklimat ini juga, pelajar didedahkan dengan kaedah saringan Thalesemia yang ditawarkan oleh Jabatan Kesihatan sekaligus rawatan-rawatan yang disediakan.

Untuk maklumat terperinci berkaitan penyakit Thalasemia, anda boleh layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di http://www.myhealth.gov.my/talasemia-2/ 

Tag: Thalasemia.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini