Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PROGRAM 4K: PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS TAHUN 2019

Khamis, 8 Julai 2019 - Unit Kebersihan Program 4K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan & Kerohanian) SMATAF dengan sokongan penuh pihak sekolah telah mengadakan pertandingan kebersihan kelas bagi sesi 2019. Pertandingan yang bermula dari bulan Mac 2019 menyaksikan kesungguhan para pelajar dalam mengekalkan kebersihan kelas masing-masing. 
 
Pertandingan seumpama ini diadakan sebagai memberi dorongan serta motivasi kepada para pelajar akan kepentingan menjaga kebersihan kelas masing-masing. Tambahan pula, inisiatif murni dari Unit Kebersikan ini merupakan satu pendekatan berkesan dalam memastikan agar para pelajar dan juga guru-guru dapat meneruskan sesi pengajaran dan pemudah cara (PdPc) dengan lebih kondusif. 
 
Pemenang bulanan pertandingan kebersihan kelas diberikan sebuah piala pusingan serta hadiah iringan hamper sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah atas kesungguhan para pelajar. 

Tag: PERT.KELAS.KEBERSIHAN.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini