Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Majlis Penyampaian Agihan Zakat Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) 2017

8 Mac 2017- – Keterujaan jelas terpancar pada wajah 577 pelajar Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) apabila menerima bantuan di Majlis Penyampaian Agihan Zakat Bantuan Pendidikan Pelajar  Sekolah  Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) 2017.  Majlis yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun  itu telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan. 
 
Turut hadir sama, YH Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YBhg. Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, KPP Bahagian Pendidikan JAIP, dan Ustazah Saniah binti Muhamad, Pengetua SMATAF. 
 
Sempena majlis itu, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua MUIP, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan turut menyampaikan sumbangan bantuan pendidikan berjumlah RM993,300 untuk semua pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang diterima oleh Pengarah JAIP, Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani. 

Pengetua SMATAF menzahirkan kesyukuran atas bantuan pendidikan tersebut dan menyifatkan ianya mampu menyuntik semangat pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. 

Tag: muip JAIP SMAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini