Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

TAKLIMAT UJIAN LISAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS PT3 TAHUN 2019

Jumaat, 5 Julai 2019 - Dalam mendepani penambahbaikan dan pembaharuan dalam dunia pendidikan, Panitia Bahasa Inggeris telah terpanggil untuk mengadakan sesi taklimat Ujian Lisan Bertutur Bahasa Inggeris (Speaking Test - 12/3) kepada calon-calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2019. Taklimat selama satu jam yang telah berlangsung di Surau Saidatina Sofiyah telah disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Cik Hannan Hanina Binti Mohammad serta guru-guru Bahasa Inggeris Tingkatan 3 (Puan Nur Fadhilah Binti Ahmad Hazamy dan Cik Nur Nadiah Binti Abdul Rahman).
 
Taklimat seumpama ini diadakan bertujuan memberi pencerahan dan penekanan kepada calon-calon PT3 seramai 102 orang mengenai tatacara Ujian Lisan. Di samping itu juga, calon-calon PT3 turut didedahkan dengan pengetahuan dan persediaan untuk menjalani ujian bertutur menjelang bulan September tahun 2019. 
 
Semoga calon-calon PT3 SMATAF beroleh kejayaan dalam ujian-ujian yang bakal dihadapi kelak!

Tag: SPEAKING.TAKLIMAT.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini