Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Majlis Penyampaian Sijil STEM

Jumaat, 4 Januari 2019 - Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Pencapaian bagi Science Technology Engineering Maths (STEM) telah diadakan sebagai membuka tirai aktiviti Ko-Kurikulum bagi tahun 2019. 

Sesi penyampaian telah diadakan dalam sebuah majlis ringkas di Dewan Ibnu Khaldun dengan menyaksikan Tuan Pengetua, Al-Fadhil Ustaz Mohd Shaikhan Bin Mohamed Mokhtar menyampaikan sijil penyertaan dan pencapaian kepada para peserta. 

Pertandingan anjuran Kelab Tabung Haji (Taha) yang telah berlangsung selama 3 hari, bermula 2-4 November 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, menyaksikan 4 orang wakil pelajar Tingkatan 1 serta guru pembimbing, Puan Shafiza Bt Hamid dari SMA Tengku Ampuan Fatimah berjaya merangkul Anugerah Gangsa (saguhati). 

Melalui pendedahan kepada para pelajar berkaitan aktiviti STEM, diharap dapat mempromosikan aliran tersebut sekaligus mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap aliran STEM. 

Tag: Stem.2018.Tahniah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini