Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

BENGKEL TAHSIN AL-QURAN SMA

Tarikh : 14 – 16 Jun 2019
Tempat : SMA Rompin

Seramai 30 orang wakil pelajar tingkatan 4 dari SMATAF telah menyertai Bengkel Tahsin Al-Quran SMA peringkat Zon 1 yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Rompin. Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi memantapkan lagi ilmu al-quran terutama bagi pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) pada tahun ini. 20 orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru al-quran sekolah menengah agama Pahang (SMAN) Zon 1 telah terlibat bagi membantu melicinkan perjalanan bengkel ini. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan lagi persediaan para pelajar menjelang peperiksaan SMA bagi tahun 2019. 

Tag: tahsinalquran.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini