Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

LIMA TAHUN KEKAL CEMERLANG SMA

PEKAN- SMATAF mengekalkan kecemerlangannya apabila sekali lagi dinobatkan sekolah terbaik dalam keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) negeri Pahang 2017. 

Pengetua SMATAF, Puan Saniah Muhammad dalam ucapan beliau mengumumkan seramai 50 orang calon berjaya memperoleh Mumtaz Sofi dan 51 orang calon memperoleh Mumtaz. Pencapaian ini sekaligus meletakkan SMATAF sebagai sekolah terbaik SMA selama lima tahun berturut-turut. 

Setinggi-tinggi tahniah buat warga SMATAF. Semoga kecemerlangan ini diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya.

Tag: SMA SMATAF MUMTAZ SOFI Terbaik

0 komen

Sila berikan komen anda di sini