Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

SMATAF MEMBACA

Pekan, 23 April 2019 - Pusat Sumber SMATAF telah menganjurkan Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” peringkat sekolah bagi tahun 2019.Program ini merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di seluruh negara yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM). Seperti tahun lalu, program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara. Program ini melibatkan semua warga SMATAF membaca secara serentak selama 10 minit iaitu dari jam 11.00 - 11.10 pagi. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha menggalakkan minat warga SMATAF untuk membaca. 

Tag: membaca.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini